Di sebuah kediaman yang indah di Bukit Raja, Puan Aimi mempunyai impian untuk mengubah suasana rumahnya menjadi lebih elegan dan selesa. Sebagai seseorang yang sangat menitikberatkan estetika dan keselesaan, beliau ingin memastikan setiap ruang dalam rumahnya tampil dengan harmoni. Itulah sebabnya beliau menghubungi Kak Wani di Ai Curtains untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pemasangan langsir yang sesuai. Pelanggan Kak Wani kali ni amat mementingkan pemilihan jenis fabrik untuk langsir.
Ketika pertama kali bertemu dengan Puan Aimi, beliau berkongsi impiannya untuk memiliki langsir yang bukan sahaja memberikan sentuhan mewah, tetapi juga berfungsi untuk mengawal pencahayaan dan privasi dengan lebih baik. Berdasarkan keperluan beliau, Kak Wani mencadangkan penggunaan double layer curtains untuk ruang tamu yang mempunyai dua bahagian sliding door:
Kenapa Ripplefold?
Rekaan ripplefold adalah antara pilihan moden yang semakin mendapat tempat dalam dekorasi kediaman. Dengan lipatan yang teratur dan alunan yang sempurna, ia memberikan kesan kemas, minimalis dan mewah dalam satu masa. Rekaan ini juga membolehkan langsir jatuh dengan cantik, tanpa kedutan yang berlebihan.
Semasa sesi konsultasi, Kak Wani menekankan kepada Puan Aimi bahawa pemilihan fabrik memainkan peranan penting dalam menyerlahkan keindahan langsir dan ruang dalaman rumah. Untuk memastikan hasil yang memenuhi kehendak beliau, kami memilih fabrik bercorak ringan tetapi masih mengekalkan unsur minimalis. Fabrik ini membolehkan pencahayaan semula jadi masuk dengan lembut, menjadikan suasana rumah lebih nyaman dan menyenangkan.
Di samping itu, lapisan fabrik blackout turut disertakan sebagai lapisan kedua dalam konsep double layer curtains. Lapisan ini membantu dalam mengawal kemasukan cahaya matahari pada waktu siang dan memberikan privasi maksimum pada waktu malam. Gabungan fabrik ringan dan blackout ini mencipta keseimbangan yang sempurna antara keanggunan dan fungsi.
Sebagai pakar dalam bidang ini, Kak Wani sering bertemu dengan pelanggan yang menghadapi masalah kerana tersalah memilih fabrik. Antara isu utama yang sering berlaku adalah:
Puan Aimi sendiri pernah mengalami situasi di mana langsir lamanya menggunakan fabrik yang terlalu ringan dan tidak berkualiti. Akibatnya, ruang tamunya kelihatan tidak eksklusif dan kurang selesa. Oleh sebab itulah beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat Ai Curtains untuk memberikan penyelesaian yang lebih baik.
Selepas pemasangan langsir double layer dengan ripplefold, ruang tamu Puan Aimi berubah sepenuhnya! Kini, kediaman beliau tampil lebih mewah dan moden, selari dengan konsep yang diinginkan. Beliau sangat berpuas hati dengan hasil kerja Ai Curtains dan mengakui bahawa pemilihan langsir yang tepat benar-benar mampu menaikkan seri sesebuah ruang.
Sebagai pakar dalam bidang ini, Kak Wani dan pasukan Ai Curtains sentiasa bersedia untuk membantu pelanggan memilih langsir dan blinds yang sesuai mengikut tema dan konsep rumah mereka. Jika anda juga ingin mengubah suasana rumah seperti Puan Aimi, jangan ragu-ragu untuk menghubungi Kak Wani!
Jangan lupa untuk mendapatkan servis custom langsir dari Ai Curtains – pakar langsir eksklusif anda!
Baca juga :