ASAS SERVIS BC REEL yang Boleh Dilakukan Semua Pemancing!

ASAS SERVIS BC REEL yang Boleh Dilakukan Semua Pemancing!

Seperti kenderaan, BC Reel juga perlu diservis dengan berkala bagi memastikan reel sentiasa berfungsi dengan baik dan tahan lama. Berikut adalah langkah-langkah asas untuk menyervis BC reel anda.

1. Sediakan bahan-bahan yang berikut
-Minyak bearing -Minyak greese -Putik kapas -Tisu




2. Cuci di ruang celah-celahan reel seperti di line guide menggunakan putik kapas & di bahagian luar reel yang dikotori dengan kotoran seperti tanah menggunakan tisu basah.




3. Buka side plate & keluarkan spool. Kemudian titiskan setitis dua minyak bearing di bearing side plate & bearing spool (bergantung saiz)




4. Buka tension knob & titiskan juga minyak bearing di bearing.



5. Kemudian pada bahagian handle knob. Ini agak tricky kerana anda perlu lebih teliti untuk titiskan minyak dengan cara yang ringkas tanpa perlu membuka handle knob. Pertama anda perlu pegang reel anda dalam keadaan handle mengadap ke bawah. Selepas itu ada boleh terus halakan muncung botol minyak di celahan handle knob dan tunggukan beberapa ketika untuk biarkan minyak mengalir ke bawah. Barulah anda perlu untuk pusingkan handle knob bagi memastikan minyak rata ke bahagian bearing ataupun bushing.




6. Untuk cara servis reel yang mudah ini, greese hanya perlu diletakkan di bahagian worm shaft. Kemudian pusingkan handle untuk ratakan greese ke seluruh bahagian worm shaft.




7. Pasangkan balik semua komponen yang telah dibuka. Tidak perlu kunci terlalu ketat untuk tension knob & star drag sebelum mahu menyimpan reel.



Korang boleh lakukan servis begini bergantung kepada kekerapan penggunaan BC reel. Janganlah sampai tak diservis langsung BC reel tersebut kerana bahagian bearing mungkin akan lagi mudah berkarat dan semestinya menurunkan prestasi reel. Semoga tidak kumpaw!!
联系我们 Philippines flagPhilippines