Audit Pemeriksaan Pasca-Import
Audit Pemeriksaan Pasca-Import

 3

Audit Pemeriksaan Pasca-Import

#6 Audit Pemeriksaan Pasca-Import
 
Tahniah dan Syabas !
Kepada Syarikat Lucky Tropical Fish Farm di antara 37 Premis Kuarantin Ikan di Negeri Pulau Pinang yang telah mendapat Kelulusan Pengisytiharan Premis Kuarantin Ikan oleh Jabatan MAQIS bagi Tahun 2021.
Pihak MAQIS juga telah menjalankan pengauditan dan pemeriksaan ke atas premis kuarantin ini yang dilaksanakan pada 21 Oktober 2021 oleh Pegawai Penguat Kuasa MAQIS Negeri Pulau Pinang bagi tujuan pembaharuan Sijil Kelulusan Pengisytiharan Premis Kuarantin Ikan bagi tempoh dua (2) tahun (2022 - 2024).
Keistimewaan Premis Kuarantin yang telah mendapat kelulusan adalah premis yang diawasi oleh Pegawai Penguat Kuasa MAQIS dalam tempoh kuarantin yang ditetapkan bagi tujuan analisis dan survelan penyakit. Pemeriksaan dan pengawasan ini adalah satu keperluan bagi memastikan pengimport dan pengeksport melaksanakan langkah-langkah kawalan dan kuarantin untuk mengawal serta mengurangkan sebarang penyebaran patogen melalui pergerakan ikan hidup.
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan MAQIS telah mengambil alih sepenuhnya bagi Pendaftaran Premis Kuarantin Ikan Hidup dan Pemeriksaan Pasca Import Ikan Hidup daripada Jabatan Perikanan Malaysia. Penguatkuasaan berkenaan pendaftaran premis kuarantin ikan hidup dan pemeriksaan Pasca-Import ikan hidup telah berkuatkuasa mulai 14 Julai 2021. Kegagalan mendaftar premis di bawah MAQIS akan menyebabkan permohonan permit tidak diluluskan. Pihak stakeholder boleh menyemak senarai premis kuarantin yang telah diluluskan oleh Jabatan MAQIS di portal MAQIS http://www.maqis.gov.my.