Sekitar Seminar Sistem Pemeriksaan Kebersihan Kendiri Premis Makanan I-Gred yang telah berlangsung di MBSA Convention Centre, Seksyen 13. Seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran ini, bertujuan memberikan pendedahan dan pendidikan dalam penggunaan sistem kendiri pemeriksaan kebersihan premis makanan.
Seminar ini disertai oleh pemilik dan wakil premis makanan yang berada di kawasan pentadbiran MBSA. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Izwan Bin Ahmad Kasim, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam. Pada majlis tersebut YBrs. Encik Muhammad Izwan Bin Ahmad Kasim telah menyampaikan sijil penghargaan kepada pengurusan pusat membeli-belah yang menghantar penyertaan tertinggi dalam program ini.
Turut hadir YBrs. Puan Hajah Mariam Binti Abdul Rashid, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Encik Norhisham Bin Mohammad, Pengarah Kesihatan Persekitaran, MBSA.
Dalam majlis tersebut juga, wakil daripada syakirat Kualiti Alam Hijau (M) sdn bhd, turut memberi taklimat berkenaan perangkap minyak automatik yang baru-baru ini dikeluarkan oleh pihak syarikat kami.