Langkah untuk Memilih Awning yang Terbaik untuk Rumah anda
Langkah untuk Memilih Awning yang Terbaik untuk Rumah anda
Cara untuk Memilih Bumbung Awning yang Terbaik untuk Rumah!
Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu dilakukan sebelum membuat keputusan untuk memasang bumbung awning di rumah anda. Dari ke reka bentuk rumah, cuaca, hingga ke bajet memerlukan pertimbangan yang signifikasi. Awning yang diperbuat daripada kayu merupakan antara pilihan yang popular dikalangan pemilik rumah di Malaysia disebabkan oleh ketahanannya dan aura estetikanya. Disini kami kongsikan penyelesaian awning paling utama untuk semua jenis rumah di Malaysia. Kami juga menasihati cara untuk memilih bumbung awning ideal berdasarkan pada kesesuaian dan keinginan anda.
Jadi jika anda mempunyai pertimbangan untuk meredupkan sebahagian kecil kawasan rumah, teruskanlah membaca!
photo by Ideals Woods
1. Gaya Rumah
Gaya reka bentuk kediaman sepatutnya menjadi pilihan pertama yang patut dipertimbangkan ketika memilih bumbung awning. Adakah anda mencari sesuatu yang boleh menjadi sebahagian daripada reka bentuk rumah, atau anda mencari sesuatu yang menaikkan seri rumah?
Tingkap: Awning tingkap terkenal dikalangan pemilik rumah kerana ianya secara tak langsung boleh menyejukkan rumah.
Pintu: Awning pintu sesuai untuk meredupkan dan melindungi daripada elemen yang mengganggu laluan masuk.
photo by Ideals Woods
2. Awning Beranda
Ketika memilih awning, terdapat beberapa tambahan pertimbangan jika anda mempunyai beranda. Pertama sekali anda perlu memilih seberapa redup yang anda mahukan. Memilih awning yang besar cukup untuk menutup seluruh kawasan adalah diperlukan jika anda mahukan kawasan tersebut redup sepenuhnya.
Anda perlu pastikan bumbung awning boleh dipasang dengan betul pada beranda ketika memilih awning tersebut.
photo by pexels
3. Mengambil Ukuran yang Tepat
Perlu memastikan kawasan yang ingin dipasang awning diukur selepas memilih jenis awning yang diingini. Sangat penting ye untuk anda memastikan awning tersebut cukup besar untuk menutupi kawasan yang diingini. Ketika memilih saiz awning, perlu juga pertimbangkan kelajuan angin tempatan kerana semakin besar bumbung awning, semakin mudah untuk terdedah dengan kerosakan tiupan angin.
photo by Ideals Woods
4. Memilih Perhiasan
Setelah anda memilih awning yang terbaik untuk rumah anda, anda boleh mula untuk menghias mengikut keselesaan dan kesesuaian anda. Awning boleh dihias dengan lampu, bendera, atau pun tumbuhan seperti bunga gantung. Anda juga boleh menambah panel tepi untuk mencipta ruangan lebih redup dan privasi.
Anda sepatutnya sudah dapat membuat keputusan untuk memilih awning yang ideal untuk rumah anda jika anda sentiasa mengingati tips ni. Perlu diingatkan bahawa semasa memilih, anda harus pertimbangkan pilihan peribadi, suhu kawasan, dan reka bentuk rumah anda. Anda boleh cari bumbung awning yang anda suka dengan sedikit persediaan. Terima kasih kerana membaca! Jangan lupa untuk kembali lagi untuk mendapatkan tips dan helah yang bermanfaat.
Hubungi kami jika mencari kontraktor untuk memasang bumbung awning kayu di kawasan Johor Bahru.