Jenis Kayu dan Perabot Kayu yang Sesuai untuk Digayakan

Jenis Kayu dan Perabot Kayu yang Sesuai untuk Digayakan

Jenis Kayu dan Perabot Kayu yang Sesuai untuk Digayakan!




Perabot kayu adalah elemen utama hiasan dalaman yang memang diminati ramai. Selain menampakkan suasana dalaman yang kontemporari, jenis, tekstur dan warna kayu juga memainkan peranan bagi mengwujudkan ruang rumah yang unik dan elegan.
Perabot kayu juga dikaitkan dengan kemewahan sebab kayu yang digunakan untuk membuat perabot harganya bukan murah, malah kos penjagaannya juga memang boleh menelan belanja besar.
Kalau nak tahu, industri kayu kayan Malaysia ni antara penyumbang eksport terbesar negara tau, dan nilainya dijangka melebihi RM20 bilion pada tahun 2020!
 

10 Jenis Kayu & Contoh Perabot Kayu yang Sesuai

Malaysia memang kaya dengan sumber hutan, antara yang paling mewah dan mahal tentulah kayu-kayannya. Jadi jom tengok jenis kayu yang biasa dijadikan perabot di Malaysia, contoh perabot dan di mana anda nak cuci mata tengok koleksi perabot kayu yang lawa-lawa ni!

1) Kayu Nyatoh


jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Kayu nyatoh ni adalah sejenis kayu keras ringan yang mudah didapati di kawasan hutan bertanah rendah seperti paya air tawar, paya gambut dan kawasan kawasan pergunungan sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Warna teras kayu nyatoh ni merah jambu pekat atau coklat kemerahan. Iranya pula lurus dan berombak serta jarak yang rapat antara ira. Ia mempunyai tekstur yang rata dan sedikit kasar menjadikannya sesuai untuk dibuat perabot, kabinet, panel dinding dan lantai.
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Walaupun ia tahan lama, tapi ia juga mudah pecah dan retak. Jadi memang perlukan kepakaran waktu nak dibuat perabot tu. Kayu nyatoh ni kalau dibuat kabinet dapur atau panel dinding memang cukup cantik. Sejuk je mata memandang.
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Selain tu, set meja kopi dan kerusi juga memang lawa bila menggunakan kayu nyatoh. Di Malaysia ni, kalau anda berkenan untuk mempunyai koleksi perabot custom-made, boleh lah hubungi syarikat kami, Ideals Woods Project. Penghantaran seluruh Malaysia.
 

2) Kayu Kembang Semangkok


jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Kayu kembang semangkok ni keras tapi ringan. Ia mudah didapati di hutan tanah rendah, rabung gunung serta kawasan berpaya. Warnanya pula pelbagai seperti coklat kekuningan, kuning pucat dan coklat merah.
Ira kayu kembang semangkok ni lurus dan berpanca rapat, memang sesuai untuk digunakan buat papan lapis, perabot dan panel. Ia juga agak tahan lama tetapi untuk menjadikannya perabot perlu kepakaran kerana teksturnya yang kasar dan tak rata.
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Disebabkan ia ringan tapi tahan lama, ia sesuai digunakan untuk dijadikan “top” dapur, digabungkan lagi bersama dengan konkrit, memang lawa! Kalau nak buat set kerusi malas pun boleh, keras tapi ringan, senang nak pindah-pindah tapi masa cantik dan mewah je tengok.
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
 

3) Kayu Merbau


jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Kayu merbau ni keras dan berat. Ia mudah didapati di kawasan hutan bertanah rendah dan sepanjang sungai. Coraknya gubal jelas dan berwarna kuning pucat. Kayu merbau yang segar boleh bertukar warna daripada kekuningan ke coklat jingga.
Tapi, jika berlaku perubahan cuaca, warnanya berubah ke coklat atau coklat kemerahan. Memang lawa untuk dijadikan panel, lantai, kabinet, bingkai pintu dan tingkap serta perabot rumah. Ia juga tahan lasak.
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Disebabkan kayu merbau ni berat dan tahan lasak, ia memang sesuai digunakan untuk buat meja makan, yerlah sebab bukan setiap hari anda alihkan meja makan tu, atau boleh juga dijadikan panel lantai.
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Boleh tengok koleksi perabot kayu merbau, dan lantai kayu merbau di photo album kami. Memang lawa dan harganya pun memang boleh tahan mahal!
 

4) Kayu Jati

jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Kayu jati ni nama memang gah dan memang dikenali sebagai antara kayu yang sangat mahal. Ia tumbuh secara semula jadi di hutan yang menggugurkan daun bila musim kemarau dan banyak didapati di seluruh Asia Tenggara termasuklah Malaysia.
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Warnanya coklat gelap dan kerana sifatnya yang tahan lasak, berat dan mampat, ia banyak digunakan untuk buat kapal dan perabot. Disebabkan ia mampat, ia sukar dibentuk untuk jadi perabot dan berminyak, menyebabkan nilai perabot kayu jati memang mahal.
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Kayu jati ni lambang kemewahan, jadi ia banyak dijadikan sebagai katil, set sofa atau almari perhiasan, nampak gah dan tak lapuk dek zaman. 
 

5) Kayu Walnut


jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Kayu walnut ni memang cantik semulajadi dan bermutu tinggi. Tak ada di Malaysia, kena import dari Amerika Syarikat, Eropah atau Barat Daya Asia. Warnanya pula coklat kekelabuan dan coklat ungu dan memang cantik nak dibuat perabot, panel berukir serta venier.
Ia juga berat dan mampat menyebabkannya tahan lama dan lasak. Bila dah lasak, mestilah harganya lebih mahal!
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Disebabkan rona warna kayu walnut ni pelbagai, kalau pandai pilih memang lawa digunakan untuk kabinet dapur yang menimbulkan kontras warna dan tekstur yang pelbagai.
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
 

6) Kayu Oak

jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Kayu oak ni juga antara kayu tahan lama dan lasak disebabkan ia berat dan mampat. Tapi, teksturnya halus dan lembut dan hanya tumbuh di serata Eropah, Jepun dan Amerika. Warnanya pula kuning pucat hingga kuning kemerahan.
Kayu ni sesuai digunakan untuk buat perabot, rangka penyambung, panel, lantai, pintu serta pagar.
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Disebabkan warnanya yang cerah dan lembut, perabot kayu oak lawa digunakan untuk perabot kecil, tapi kalau kena gayanya, lawa juga diletakkan di dapur.
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Di Malaysia ni, tempat paling mudah nak tengok koleksi perabot kayu oak tentulah di IKEA tapi anda juga boleh hubungi kami jika berkenan untuk mempunyai design yang lebih kurang sama tapi nak lebih utuh, mana tahu perabot kami lebih tahan dan berkesesuaian dengan kehendak anda.
 

7) Kayu Rosewood

jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Kayu rosewood ni bau wangi! Iranya halus dan berwarna gelap dan coklat kekuningan. Banyak tumbuh di Amerika Selatan, Barat dan Tengah serta Selatan India.
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Kelebihannya adalah ia tahan lasak dan lama, malah makin digilap makin berseri menyebabkannya sesuai untuk dibuat perabot dan harganya pun boleh tahan mahal. Malah, dikatakan permukaan kayu rosewood ni mirip jubin, cantik kan?
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Walaupun permukaannya kasar dan mudah merekah, tapi sebab makin digilap makin berseri, harganya menjadi mahal. 
 

8) Kayu Rotan


jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Rotan ni umumnya tumbuh di kawasan lembap dan di Semenanjung Malaysia memang mudah ditemyi di kawasan pinggiran pantai hingga ke kawasan pergunungan. Teksturnya unik dan ringan serta mudah dipindah-pindah. Sesuai sangatlah untuk buat perabot!
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Tetapi rotan ni kalau tak kena penjagaan, tak tahan lama, mudah rapuh jadi memang ambil masa lama untuk dijadikan perabot dan kraftangan. Harganya murah tapi kemasan akhirnya cantik sekali disebabkan ia mudah dibentuk untuk jadi apa pun.
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Design perabot rotan sekarang pun makin lawa dan kontemporari tau, memang sesuai untuk gaya hiasan Hobo dan hipster kalau anda berminat.
 

9) Kayu Cengal (Chengal)


jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Kayu cengal banyak terdapat di Semenanjung Malaysia, Indonesia dan Thailand sebab ia tumbuh di hutan yang mempunyai kawasan pengairan yang baik. Ia keras dan berwarna kuning coklat, kualitinya memang terbaik!
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Cengal juga tahan lama dan berkualiti tinggi, sesuai nak dibuat perabot, lantai, ukiran tangga, tiang, dan gazebo. Harganya pula memang boleh tahan mahal.
Disebabkan ia lasak dan tahan lama, perabot kayu cengal ni selalu orang guna untuk gazebo atau perabot yang banyak masanya terdedah kepada cuaca. Tahan lasak!
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Kayu cengal merupakan antara kayu yang paling tinggi permintaan dari pelanggan kami untuk membuat lantai dan perabot disebabkan oleh ketahanannya dan anti anai-anai. Jadi jika anda berada di kawasan Johor Bahru dan memerlukan kontraktor lantai kayu, boleh je hubungi kami.
 

10) Kayu Pine/ Palet Kayu

jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Kayu pine ni lembut tapi boleh tampung berat sampai 1,000 kg tau! Ia biasanya diimport dari Eropah, Australia dan Amerika Syarikat. Warnanya cerah sampai boleh nampak urat kayu dan mudah dibentuk untuk dijadikan pelbagai jenis perabot.
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Disebabkan ia lembut, ia mudah dibentuk untuk dibuat perabot, tapi permukaan kayu senang tercalar dan sukar dibersihkan malah hati-hati senang bakteria nak membiak di permukaannya yang menjadikan harganya lebih murah berbanding jenis kayu yang lain.
jenis kayu, perabot kayu, tips jaga perabot kayu, kayu jati, rotan
Disebabkan harganya yang murah, perabot kayu pine ni memang jadi tarikan ramai orang.
Seperti yang kami katakan, perabot kayu kalau kena gayanya memang lawa dan menjadikan rumah anda lain daripada yang lain. Ia juga lambang kemewahan, sebab harganya yang mahal, tahan lasak sampai boleh diwariskan kepada anak cucu.
Jika anda merupakan peminat atau mencari syarikat perabot kayu custom-made, boleh je hubungi kami. Pemasangan dari sekitar Johor, sehingga ke Selangor dan Kuala Lumpur. Apa tunggu lagi, selamat memilih dan bergaya dengan perabot kayu!