Lawatan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) ke Gudang Hq Lubrex Malaysia

Lawatan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) ke Gudang Hq Lubrex Malaysia

Pada 4 Jun 2024 Lubrex Malaysia telah menerima lawatan dari pengerusi PUNB iaitu YBhg Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang turut disertai oleh barisan pentadbiran eksekutif PUNB. Kunjungan dari pihak PUNB di HQ Lubrex Malaysia Alor Setar disambut baik oleh Pengarah Urusan Prowheels Distributor (M) Sdn Bhd iaitu Encik Mohd Majdi Bin Mohd Ramlee.

Prowheels Distributor berhasrat untuk menjadi salah satu rakan niaga terbaik untuk bengkel bumiputera di seluruh Malaysia dalam bidang pembekalan minyak pelincir berkualiti tinggi, khidmat nasihat, bimbingan dan juga lain-lain perkhidmatan. Semoga lawatan ini dapat membuka peluang dan ruang bagi menjalin kerjasama dengan lancar dan berjaya pada masa akan datang antara pihak PUNB dan juga Prowheels Distributor.