PELANCARAN PRODUK HARMON
PELANCARAN PRODUK HARMON

 2

PELANCARAN PRODUK HARMON

          Copper Mansion yang terletak di Sungai Long telah dimeriahkan dengan pelancaran produk audio kereta dari jenama terkemuka harman/kardon pada 22 September 2024(AHAD). Acara ini berjaya menarik perhatian khususnya penggiat audio yang ingin mengubah pengalaman pemanduan dengan sistem audio premium. Pelancaran tersebut menampilkan produk dengan teknologi terkini yang menjanjikan pengalaman audio berkualiti tinggi dan memberikan kepuasan kepada setiap pendengar.

          Para tetamu dan peserta yang hadir turut dihidangkan dengan sesi demonstrasi dari harman/kardon yang mampu mengubah suasana setiap perjalanan menjadi satu pengalaman yang mengasyikkan. Dengan bunyi yang jelas dan bass yang mantap, para peserta dapat merasai sendiri keupayaan produk ini dalam membawa kualiti bunyi yang setanding muzik yang dihasilkan dalam studio rakaman.

          Acara ini juga memberi peluang kepada para pemilik kereta untuk melihat sendiri bagaimana sistem audio berkualiti tinggi dapat meningkatkan keseronokan memandu dan dalam masa yang sama mengubah suasana sambil menikmati lagu-lagu kegemaran pada kualitinya yang sebenar.

          Bagi yang berminat untuk mendapatkan pengalaman audio premium ini di Ipoh, Carzone Audio Sdn Bhd adalah destinasi yang tepat untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut tentang audio ini.