Traffic saman discount 50% di putrajaya pada 2 November 2024
🎉🎉Diskaun 50% untuk Saman Trafik Esok di Putrajaya!
PDRM akan menawarkan diskaun 50% untuk saman trafik esok, 2 November. Kempen sehari ini adalah sempena Hari Terbuka Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) @ Putrajaya 2024, yang akan berlangsung di Aras 1, Blok F8, Kompleks F, Putrajaya, dari jam 9 pagi hingga 4 petang.
Walaupun tidak ada penjelasan lanjut, diskaun 50% sebelum ini biasanya tidak termasuk saman yang
-melibatkan kesalahan lampu isyarat,
-lorong kecemasan,
-memotong garisan berkembar,
-memotong secara berbahaya,
-kemalangan, saman tidak boleh kompaun (NC),
-kes mahkamah,
-pengubahsuaian ekzos,
-serta saman yang melibatkan kenderaan berat/lori.
-Saman Op Selamat juga biasanya dikecualikan.
Kemungkinan besar terma yang sama akan digunapakai untuk diskaun kali ini.