Pada 28 Oktober yang lalu, perbincangan berkenaan projek MOSTI bagi kawalan nyamuk aedes menggunakan Aedestech Mosquito Home System telah dijalankan melibatkan pihak One Team Networks, Pejabat Kesihatan Daerah Muallim, Majlis Daerah Tanjung Malim, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Bandar Behrang 2020.
Projek MOSTI kawalan nyamuk aedes ini akan merangkumi tujuh (7) zon di kawasan bandar Behrang 2020 termasuk 1,291 buah rumah dan empat (4) buah sekolah.