Perkhidmatan Ad-hoc

Perkhidmatan Ad-hoc

Perkhidmatan Ad-Hoc
Selain daripada penjualan dan penyewaan peralatan, kami juga menyediakan perkhidmatan ad-hoc kepada pelanggan yang berkaitan dengan peralatan udara. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk:

Perkhidmatan Pembaikan / Penyelenggaraan Berjadual

Pelanggan mendapatkan khidmat kami untuk pembaikan dan penyelenggaraan berjadual kerana mereka tidak mempunyai tenaga pakar untuk menjaga mesin mereka. Kami mempunyai pasukan teknikal yang berpengalaman dalam kebanyakan peralatan udara tanpa mengira jenama.

Pembaharuan atau Permohonan Sijil PMA

Sijil PMA dikeluarkan oleh badan kerajaan JKKP sebagai pengesahan bahawa peralatan adalah selamat untuk digunakan. Pemeriksaan dan ujian keselamatan perlu dilakukan oleh pegawai keselamatan untuk mendapatkan sijil ini. Bagi memudahkan pelanggan, kami menyediakan perkhidmatan ini dengan menghantar peralatan mereka untuk menjalani penyelenggaraan dan ujian dalaman sebelum pemeriksaan sebenar.

Sumber & Pembekalan Alat Ganti Peralatan Udara

Alat ganti adalah aspek penting yang perlu diberi perhatian. Peralatan mungkin gagal berfungsi jika terdapat bahagian yang rosak, dan ia boleh menjadi masalah besar jika alat ganti tidak tersedia. Jangan risau, kami boleh membantu dengan hubungan erat kami bersama pelbagai pembekal utama dalam industri. Pasukan teknikal kami juga mampu menyediakan alternatif sekiranya alat ganti yang rosak sudah tidak dikeluarkan di pasaran.


PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (SERVICE LEVEL AGREEMENT)

GORLY EQUIPMENT SDN BHD komited untuk memberi respons dan menyelesaikan sebarang kerosakan peralatan yang disewa dalam tempoh 24 jam. Kos pembaikan seperti tenaga kerja, pengangkutan dan penggantian alat ganti akan ditanggung oleh pelanggan sekiranya kerosakan berpunca daripada kecuaian pelanggan. Jika tidak, semua kos pembaikan akan ditanggung oleh syarikat kami.