Musim perayaan makin hampir, dan tentunya ramai dah mula merancang untuk adakan open house bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain makanan dan dekorasi, langsir juga memainkan peranan penting untuk mencantikkan ruang tamu rumah anda!
Kak Wani nak kongsikan beberapa tips mudah untuk pilih langsir yang sesuai agar rumah anda tampil kemas, elegan dan sedia menyambut tetamu!
Warna langsir boleh mengubah ‘mood’ keseluruhan ruang. Jika rumah anda dihias dengan warna neutral, cuba pilih langsir dengan warna pastel, gold, atau dusty pink untuk beri seri. Mahu lebih mewah? Warna royal blue, emerald green atau maroon sangat menonjol!
Ketika musim open house, ramai tetamu keluar masuk, jadi pilih material langsir yang mudah dicuci dan tahan lasak. Fabrik seperti cotton linen, polyester blend atau blackout fabric bukan saja cantik tapi juga praktikal.
Langsir blackout bukan saja menghalang cahaya matahari, tetapi juga membantu mengekalkan suhu dalam rumah. Tetamu pun akan lebih selesa, terutama waktu tengah hari!
Nak nampak lebih trendy? Gaya langsir seperti scallop atau eyelet memberikan sentuhan moden yang kemas dan bergaya.
Langsir yang terlalu pendek atau terlalu labuh boleh kelihatan kurang kemas. Dapatkan khidmat ukur langsir profesional daripada Ai Curtains untuk hasil yang perfect!
Gunakan tieback, tassel atau rod langsir eksklusif untuk tambah seri langsir anda. Aksesori kecil ini mampu beri impak besar pada keseluruhan ruang!