GDPMD adalah Amalan Pengedaran Baik untuk Peranti Perubatan dan ia menetapkan keperluan untuk sistem pengurusan kualiti (QMS) yang perlu diwujudkan, dilaksanakan dan dikekalkan oleh sesebuah organisasi dalam menjalankan aktiviti dalam rantaian bekalan peranti perubatan. GDPMD adalah keperluan peraturan peranti perubatan di Malaysia seperti yang termaktub dalam Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).