Harga emas mencecah paras tertinggi dalam sejarah hari ini, didorong oleh ketidaktentuan sekitar pilihan raya Amerika Syarikat (AS) dan jangkaan lebih banyak pemotongan kadar faedah oleh bank-bank pusat utama, manakala perhatian beralih kepada banyak data dari AS.
Harga spot emas naik 0.3 peratus kepada AS$2,680.19 setiap auns pada 0458 GMT, selepas mencapai rekod tertinggi AS $2,685.60 pada awal sesi.
Niaga hadapan emas AS naik 0.2 peratus kepada $2,695.90.