Anjing merupakan haiwan yang paling banyak dijangkiti penyakit Rabies dengan 99% kes yang dilaporkan di seluruh dunia adalah berkaitan dengan gigitan anjing. Namun, kelawar, rakun, monyet, skunk, musang dan juga kucing boleh menjadi penyebab penularan rabies.
Rabies adalah penyakit yang sangat berbahaya dan selalu berakhir dengan kematian selepas gejalanya muncul. Ini disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus yang menyebabkan keradangan otak.
Pesakit akan menunjukkan tanda-tanda penyakit Rabies 20 ke 90 hari selepas gigitan haiwan. Tanda-tanda rabies pada manusia bermula dengan demam, sakit dan lenguh pada tempat gigitan, kelesuan otot badan dan sakit kepala.
Kemudian, gejala yang lebih serius akan muncul, iaitu gangguan neurologi (sistem saraf) sepertikeresahan dan kegelisahan, perubahan sikap secara tiba-tiba, kekeliruan, ketakutan pada air, kesukaran menelan, Insomnia (sukar tidur) dan lumpuh.
Salah satu gejala paling khas rabies adalah hydrofobia, di mana seseorang menjadi sangat takut terhadap air. Mangsa akan mengalami kesukaran menelan air walaupun sangat haus. Ini berlaku kerana gangguan neurologi yang menjejaskan otot kerongkong, menyebabkan proses menelan menjadi sangat sukar dan menyakitkan.
Pencegahan adalah kunci. Jika terkena gigitan haiwan, segera cuci bahagian digigit dengan sabun dan air juga dapatkan rawatan di klinik dan hospital terdekat untuk vaksinanti-rabies bagi mencegah penyakit ini merebak.
Jangan mendekati haiwan liar untuk mengurangkan risiko digigit terutamanya kanak-kanak dan lakukan vaksinasi rabies secara berkala adalah penting untuk haiwan kesayangan seperti anjing dan kucing. Program vaksinasi yang berkesan dapat membantu mengurangkan penyebaran penyakit ini.
Ingat, pencegahan dan perawatan yang cepat dapat menyelamatkan nyawa anda dari bahaya penyakit Rabies ini.
Jika anda ada masalah serangga perosak yang semakin membimbangkan. Hubungi kami Pakar Kawalan Serangga Perosak Anda 1-700-81-7529 dan dapatkan Konsultasi & Pemeriksaan secara PERCUMA!