Shah Alam : Pada 28 Januari 2024 telah berlangsungnya Program Lubrex Booster di Hotel D' Palma anjuran Lubrex Malaysia (Prowheels Distributor Sdn. Bhd.) dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Rakan kerjasama Prowheels Distributor turut terlibat bersama-sama menjayakan program ini, ribuan terima kasih diucapkan kepada WebMax, Corida, Direct Lending dan DSG.
Program ini disertai oleh usahawan-usahawan bengkel dan pusat servis kenderaan terutamanya pengedar-pengedar sah Lubrex Malaysia dari pelbagai latar belakang dan tempat. Program Lubrex Booster ini dianjurkan adalah untuk mempertingkatkan keupayaan usahawan untuk ke suatu tahap yang lebih baik dan cemerlang serta memajukan perniagaan di masa akan datang.
"Let's Boost Business Together"