Majlis Perasmian Pusat Latihan Bertauliah di Bawah Institut Alam Sekitar
Majlis Perasmian Pusat Latihan Bertauliah di Bawah Institut Alam Sekitar

 10

Majlis Perasmian Pusat Latihan Bertauliah di Bawah Institut Alam Sekitar

MAJLIS PERASMIAN PUSAT LATIHAN BERTAULIAH KENDALIAN ZABSI TRAINING ACADEMY SDN BHD BAGI MENJALANKAN KURSUS PENSIJILAN INDUSTRI JABATAN ALAM SEKITAR

Kemaman, 30 Mei 2024 - Majlis perasmian Pusat Latihan Bertauliah Kursus Pensijilan JAS kendalian ZaBSI Training Academy Sdn. Bhd. telah berlangsung di Dewan Ibnu Sina, University College TATI (UC TATI). Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Mashitah binti Darus (Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS) dan dihadiri tetamu terhormat lain iaitu Prof. Dr. Anuar bin Ahmad (Reaktor UC TATI), En Salahudin bin Sidik (Pengarah Institut Alam Sekitar Malaysia), Ir. Ts. Haji Mohd Zainudin bin A Bakar (Pengarah Urusan ZABSI Training Academy Sdn. Bhd.). Turut bersama hadir pada majlis ini adalah pegawai-pegawai kanan JAS dari JAS Terengganu, JAS Kelantan, JAS Cawangan Kemaman dan EiMAS, serta pegawai-pegawai kanan UC TATI, ketua unit/pegawai keselamatan, kesihatan dan alam sekitar dari sektor industri, serta kakitangan ZABSI Training Academy Sdn. Bhd.
Pusat Latihan ZABSI Training Academy Sd.n Bhd. yang akan beroperasi di dalam Kampus UC TATI ini akan menawarkan dua (2) kursus pensijilan JAS iaitu:
a) Certified Environmental Professional in Scrubber Operation (CePSO), dan
b) Certified Environmental Professional in Bag Filter Operation (CePBFO).
Dengan adanya tambahan pusat latihan bertauliah ini, ia akan memberi peluang dan pilihan kepada kakitangan industri untuk hadir kursus wajib ini dan seterusnya dapat melalui program pensijilan EiMAS sehingga layak diiktiraf sebagai Orang Yang Berwibawa (OYB) di bawah Seksyen 49A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.