Apakah Program NUR E REBAT? Apakah Kelayakan Program ini?
Program NUR:DOMESTIK adalah program yang dilaksana oleh SEDA Malaysia dengan memberikan e-Rebat sebanyak RM200 (maksimum RM400 bagi setiap peralatan elektrik) kepada isi rumah domestik yang membeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) pada tahun 2025.
OBJEKTIF PROGRAM
Meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap penggunaan peralatan yang cekap tenaga yang akan mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik;
Menggalakkan amalan cekap tenaga dalam kalangan domestik;
Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran;dan
Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.
Kelayakan:
Warganegara Malaysia;
Pengguna/Pemilik akaun elektrik berdaftar (Domestik) di bawah syarikat utiliti elektrik (TNB, ESB, SEB, NUR Power);
Pembelian barangan elektrik (penyaman udara/peti sejuk) yang berlabel 4 atau 5 bintang pada tahun 2025 atau sehingga kuota habis;
1 akaun elektrik hanya layak memohon 1 e-Rebat bagi setiap peralatan elektrik dan berdasarkan first come, first served basis; dan
Belum pernah membuat tuntutan di bawah Program SAVE (Untuk diperluas kepada mereka yang berpeluang menikmati e-rebat pembelian barangan elektrik cekap tenaga).