Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja telah menjemput pihak Aimpest Management untuk menghadiri kursus/road tour yang bertempat di Dewan Permata Pusat Latihan AADK (PLAK) Sungai Petani, Kedah pada 20 Mei 2024
.
Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan memperluaskan penggunaan sistem e-lesen LRMP, meningkatkan kefahaman berkaitan e-lesen LRMP kepada golongan sasar, memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan e-lesen LRMP dan mendapatkan maklumbalas daripada pelanggan bagi menambahbaikkan sistem e-lesen LRMP.